Program

BENGKEL TEKNIKMENJAWAB SOALAN UPSR

SEKOLAH KEBANGSAAN BALIK PULAU


            TARIKH                                   :  07,09, 13 DAN 14 MEI  2013

            TEMPAT                                  :  BILIK TAYANGAN SKBP

            MASA                                    :  3.00  - 4.30 PETANG
 

Bengkel tersebut telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling bersama guru – guru Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Seri Bayu dengan bertemakan ”Teknik Betul Jawapan Tepat”.


            Perlaksanaan Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR tersebut agar dapat mencapai target sekolah untuk memperolehi murid 5A dalam kuantiti yang sepatutnya.


 Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh En. Omar bin Abdullah, beliau merupakan penyemak kertas Bahasa Malaysia UPSR dan merupa juga guru dari SK Seri Permai, Bayan Baru.
 
 

Pihak sekolah telah menjemput En. Sugumaran A/L M. Kathrasan dari SK Sungai Batu. Beliau merupakan PK Kokurikulum dan penyemak kertas Bahasa Inggeris UPSR. Beliau seorang yang berpengalaman dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris hampir 25 tahun mengajar.
 
 

Penceramah jemputan merupakan ketua pemeriksa kertas Matematik UPSR. Beliau ialah Pn. Shafini bt Abdul Kadir dari SK Sungai Nibong.


Penceramah jemputan ialah Cik Saliza bt Mansor, PK HEM SK Pulau Betong. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam soalan – soalan Sains UPSR.
 
 
Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR tersebut  telah memberi  banyak maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada murid – murid  tahun 6 yang yang bakal menghadapi UPSR kelak  supaya dapat mempersiapkan  diri untuk belajar bersungguh – sungguh demi mencapai kejayaan  dengan cemerlang dalam UPSR nanti.

No comments:

Post a Comment