Saturday, June 15, 2013

Menurut Osman Affan, telah memberikan 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan untuk panduan para pelajar....


  Teknik #1
Kekalkan Imej Kejayaan
 Jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda.Minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
   Teknik #2
Dekati Sahabat Bersifat Positif                                                                                                    Usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat,anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.
 
  Teknik #3
 
Jauhi Sahabat Bersifat Negatif                                                                                                        Jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.
 
 Teknik #4
Mulakan dengan api yang kecil                                                                                                  Mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar.
 
  Teknik #5
Lakonkan Watak Kejayaan
Jika anda hendak mengekalkan motivasi diri,anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon.                  Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia.
 
 Teknik #6
 Kurangkan Tekanan Perasaan
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya.
Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan
Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
 
  Teknik #7
 Doa
sebagai pelajar percaya doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki. Jika anda tidak bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.

 


KELEBIHAN BULAN SYAABAN

Antara kelebihan amalan di bulan Syaaban adalah seperti berikut :
  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Oleh itu marilah kita sama2 mencari keredhaan Allah selagi kita masih diberi peluang olehNya untuk bernafas di dunia yang sementara ini…

Wednesday, June 12, 2013

KATA - KATA MOTIVASI


KEGAGALAN MENGAJAR KITA CARA BERJAYA

Gagal bukan bererti kalah. Gagal bukan bererti gagal selamanya. Sebenarnya gagal mendidik kita erti usaha dan kejayaan. Kegagalan mengajar kita supaya berusaha dengan lebih gigih dan ikhlas. Kegagalan mematang dan mendewasakan kita. Kegagalan juga mengajar kita berdiri di kaki sendiri.


Janganlah bersombong diri hanya karena memiliki pengetahuan,kekayaan,kekuatan,atau kekuasaan.Jika terjadi ketidakadilan dan penindasan,yang lemah bisa bersatu mengalahkan yang kuat,sombong,dan bongkak.

Jadilah orag Luar Biasa.....yg berani melakukan hal2 BESAR dan LUAR BIASA......!!!

Mengadu dan meluahlah kepada Allah bukan dengan manusia, kerana Allah maha mendengar lagi maha mengetahui, sedangkan manusia hanya boleh mendengar tetapi belum tentu boleh memahami.
 
Kadang-kadang dugaan itu sangat pahit untuk ditelan,tetapi dengan keyakinan setiap dugaan pasti ada hikmahnya insyaAllah kita mampu menghadapinya, kerana dugaan itulah juga akan membuatkan kita lebih tabah..