Saturday, June 15, 2013

Menurut Osman Affan, telah memberikan 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan untuk panduan para pelajar....


  Teknik #1
Kekalkan Imej Kejayaan
 Jika anda mahu mengekalkan semangat yang membara dalam diri anda untuk berjaya, anda mesti mengekalkan imej kejayaan di dalam minda anda.Minda anda hanya boleh fokus kepada satu perkara sahaja pada satu masa.
   Teknik #2
Dekati Sahabat Bersifat Positif                                                                                                    Usaha anda mengekalkan imej kejayaan dan positif dalam minda anda supaya sentiasa bersemangat,anda perlu bergaul dengan pelajar lain yang juga berfikiran positif dan bersemangat untuk berjaya. Hadith Rasulullah S.A.W. yang mengatakan bahawa kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi, badan kita juga akan berbau harum.
 
  Teknik #3
 
Jauhi Sahabat Bersifat Negatif                                                                                                        Jika anda boleh mengekalkan imej positif dan imej kejayaan dalam minda anda dengan berkawan dengan pelajar-pelajar yang bersemangat untuk berjaya, anda juga boleh kekalkan imej positif dengan menjauhkan diri daripada pelajar pelajar yang bersifat negatif, malas, biadap, bising dalam kelas dan tidak mementingkan pelajaran mereka.
 
 Teknik #4
Mulakan dengan api yang kecil                                                                                                  Mulakan dengan api semangat yang kecil dan biar ia merebak menjadi api semangat yang berkobar-kobar.
 
  Teknik #5
Lakonkan Watak Kejayaan
Jika anda hendak mengekalkan motivasi diri,anda perlu mengekalkan imej kejayaan dan imej positif di dalam diri anda. Salah satu cara mudah untuk mencapai perkara ini ialah dengan berlakon.                  Apa yang perlu anda buat ialah, apabila anda hendak duduk dan mula belajar, berlakon seolah-olah anda adalah seorang pelajar paling pintar di Malaysia.
 
 Teknik #6
 Kurangkan Tekanan Perasaan
Merasa gementar atau tertekan adalah perkara biasa. Namun perkara biasa ini boleh menjadi luar biasa jika anda tidak boleh mengawalnya.
Kaedah-keadah mengurangkan tekanan perasaan
Setelah kita tahu bahawa tekanan perasaan sebenarnya membawa kebaikan kepada kita jika kita dapat mengawalnya dengan baik, kita akan rasa lebih tenang. Anda akan rasa tenang kerana anda tahu, tekanan perasaan itu akan berakhir dan apabila ia berakhir, anda akan jadi lebih bijak dan matang.
 
  Teknik #7
 Doa
sebagai pelajar percaya doa adalah satu senjata paling hebat yang dimiliki. Jika anda tidak bersemangat, mungkin ia kerana anda kurang berdoa. Jika anda selalu berdoa tetapi tidak masih kurang bersemangat, mungkin ia kerana doa anda tidak memenuhi ciri-ciri yang diperlukan.

 


No comments:

Post a Comment